Melengkapkan Anak Dengan Tiga Perkara |
Diriwayatkan oleh al-Imam ad-Dailami bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Lengkapkanlah anak-anak kamu dengan tiga perkara: Cinta terhadap Nabi kamu, cinta terhadap ahli rumahtangganya, dan selalu membaca al-Qur'an". |
Galakkan Menjaga Kebersihan |
Diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzi daripada Sa'id bin al-Musayyab bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai yang baik. Dia juga bersih dan menyukai yang bersih. Dia juga mulia dan menyukai yang mulia. Dan juga dermawan dan menyukai yang dermawan. Oleh itu, bersihkanlah halaman rumahmu dan janganlah mengikut resam orang Yahudi mereka melonggokkan sampah sarap di depan rumah mereka". |