PENGUMUMAN TERKINI

Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam Surah Al-Furqaan ayat 67, tafsirnya: "Dan juga mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada pula bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu".

Rabu

17.02.2011 Sambutan Chap Goh Mei Kuala Rompin


YB Dato' Mohd Johari berucap sempena Sambutan Chap Goh Mei.



YB ADUN Tioman sempat melihat dan meninjau keadaan warga OKU berbangsa Cina di DUN Tioman.


Menyampaikan sumbangan untuk warga emas berbangsa Cina.


Menyampaikan cenderahati kepada para penyumbang dan pengurus majlis di atas jasa mereka menjayakan majlis ini.  



Turut hadir di majlis ini, ialah TYT Dato' Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin dan Senator Dato' Maznah Mazlan, ADUN Muadzam Shah.

Selasa

17.02.2011 Majlis Penubuhan Persatuan Ibu Tunggal Secara Rasmi di Tanjung Gemuk

YB Dato' Mohd Johari mengiringi TYT Dato' Sri Dr. Jamaluddin bin Jarjis yang juga merupakan Ahli Parlimen Rompin.


YB ADUN Tioman membacakan doa pembuka majlis.

YB Dato' Mohd Johari menyampaikan ucapan sempena penubuhan Persatuan Ibu Tunggal DUN Tioman.

Gaya TYT Dato' Sri Ahli Parlimen Rompin ketika menyampaikan ucapan.

YB ADUN Tioman dan TYT Dato' Sri Ahli Parlimen Rompin masing-masing menyerahkan sumbangan berupa beras kepada peserta ibu tunggal.
Tidak ketinggalan membantu suami, Datin Zurina yang juga isteri kepada ADUN Tioman, membantu mengagihkan sumbangan kepada para peserta Ibu Tunggal.
YB ADUN Tioman beramah mesra bersama ibu-ibu tunggal yang hadir.

28.02.2011 Sambutan Maulidur Rasul di Kolej Komuniti Rompin

YB Dato' Mohd Johari menyampaikan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul.
Pemandangan di dalam Surau Kolej Komuniti Rompin.

Golongan muda juga sudi hadir. 


Para hadirin memberi tumpuan penuh.

YB Dato' Mohd Johari menyampaikan sebotol minyak atar kepada para hadirin.

PENETAPAN BLOG YANG BARU

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH.

AKHIRNYA DENGAN IZIN ALLAH, DAPATLAH SAYA MEWUJUDKAN BLOG INI BAGI MERAKAMKAN DAN MEREKOD SEGALA AKTIVITI SAYA UNTUK PENGETAHUAN SEMUA.

INSYA-ALLAH, DENGAN IZINNYA HENDAKLAH, BLOG INI AKAN DIKEMASKINIKAN SETIAP MINGGU.

BERKHIDMAT DEMI NEGARA DAN MASYARAKAT.